Dari Siapa kita datang dan Kepada Siapa kita akan kembali
lil salma ~
mungkin apa
yang ingin disampaikan ini
adalah
suatu kebetulan
tapi
terlalu kebetulan.
lil
kepada
ilham perkataan ini adalah daripada:
- Rahmatan (lil) alamin
- Inna (lil)lahi wa Inna Ilaihi Raji’un
Al-Baqarah [2]:
155-156
lil dilahirkan seberat 2.14 kg.
paling kecil daripada 4,
jadi lil juga secara tak langsung
membawa makna - little
by the way,
nama lil direka reka dahulu,
dan selepas dia dilahirkan,
baru tahu,
dia lah yang paling kecil.
Salma
Selamat, aman, sempurna, melindungi, pendengar
yang baik, kedamaian
nama salma juga
direka terlebih dahulu
dan dia dilahirkan
pada hari kelahiran mak
selepas
dia dilahirkan
dikilas saya
saya ternampak
nama salma
berada
diantara faisal dan mak
faisalmak
fai(salma)k
Kesinambungan
nama, dari satu anak ke satu anak ~
Bermulanya nama anak yang dirancang adalah :
Lelaki
di akhiri dengan satu bunyi
manakala
Perempuan
di mulakan dgn satu bunyi
dan ada
tiga bunyi keseluruhan
bagi sesebuah
nama
ilham nama ini datang, for example:
- Muhammad (tiga bunyi keseluruhan)
- P. Ramlee (tiga bunyi keseluruhan)
- Hang Tuah (tiga bunyi keseluruhan)
Selepas
qul khayra dilahirkan (anak kami yang ketiga)
ketika itu,
dengan tidak sengaja
sekali lagi
ternampak.
dari satu nama
ke satu nama,
adanya kesinambungan.
kesinambungan
yang ternampak ini
adalah
satu
bunyi nama
dan
huruf
terakhir
dari satu bunyi nama tersebut
adalah permulaan
huruf
bagi nama
seterusnya
( m i M
) anis
M atin ( h a Q
)
( Q u l) khayra
Kesinambungan nama ini
terjadi
dengan tidak dirancang.
Setelah
menyedari,
kesinambungan
nama *lil* dibentuk
( m i M
) anis
M atin ( h a Q
)
( Q u
L ) khayra
( L i
l ) salma
Tarikh Kelahiran ~
kami tidaklah merancang
dan rezeki
bukanlah
dibidang kuasa manusia,
namun begitu
yang mind bloggling adalah
nur baizura (isteri saya)
adalah anak pertama
di dalam keluarganya
dan
mim adalah anak pertama kami
mim anis
mim anis: 2 Oct
nur baizura : 30 Sept
mim anis dilahirkan secara normal
berdekatan dengan tarikh nur
matin haq
matin haq, anak kami
yang kedua,
pengikat antara dua
nur dan saya
matin haq : 4 May
aniversary perkahwinan : 5 May
matin haq dilahirkan secara normal
berdekatan dengan tarikh aniversary kami
qul
khayra
Saya anak ketiga,
qul khayra anak ketiga
qul khayra : 19 Feb
saya : 21 Feb
qul khayra dilahirkan secara normal
berdekatan dengan tarikh saya
dan
selepas qul khayra,
terfikir saya
akan tiada lagi tarikh
yang berkemungkinan
kena mengena.
little did i know,
yang ke empat (lil salma)
dilahirkan
pada tarikh
kelahiran mak.
sebagaimana kita tahu,
mak, ibu, mama, umi
memainkan peranan yg penting
dalam pembentukkan
seorang anak.
Disepanjang
hidup kita.
Duhai anak
mahu pun
sesiapa
Allah tahu lebih dahulu.
Susah mahu pun senang,
Allah Maha Merancang
Dari-Nya
yang terbaik
tuk kita semua.
Setiap orang,
ada cerita
mereka
tersendiri
yang telah diketahui
atau mungkin,
suatu hari nanti.
Di atas
terlalu kebetulan
ini
memberitahu saya
Disuatu tempat
yang tidak jauh
nur baizura
dilahirkan
buat saya
dan
saya
buatnya
Dengan itu,
saya sudahi kisah ini dengan,
La hawla wala quwwata illa billahil aliyyil azim
Pada
Petang isnin
19/4/2021
4.36 petang.
lil salma
anak ke empat kami
Dilahirkan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home