Dengan nama Allah

Friday, December 02, 2016

Teksi

Pernah aku dilanggar teksi diatas kesalahan aku sendiri. Walaubagaimana umum, kebanyakkan pemandu teksi adalah samseng. Berbekalkan kereta syarikat, mereka memintas, membuat pusingan, sesuka hati. Seolah olah itu memang hak mereka. Walau sebesar zarah, dengan muka selamba mereka mencelah. Bila ditenung, tiada berubah melainkan tiada. Namun apa yang terjadi pada hari ini. Satu kemalangan berlaku dihadapan pintu belakang tempat aku belajar. Waktu itu waktu pulang. Teksi dan sebuah motosikal berdentum kecil sayup kedengaran. Dari penglihatan, seorang warga tua, lewat 60-an dilingkungan, keluar dari teksi. Rambutnya yang jarang, tampak kemas disikat. DIketika sama, seorang pemuda sedang menyorong motosikalnya ketepi. Kejadian ini berlaku bersebelahan dengan kereta aku. Lalu diturunkan tingkap sementara menunggu lampu jalan. Dengan wajah yang cukup menyayat. dik, minta maaf, pakcik minta maaf. Apa minta maaf minta maaf, pukimak!

faisal zainal abidin~bahasa menghormati "dia".

0 Comments:

Post a Comment

<< Home