Himpunan kisah kisah~ JIN IBLIS SYAITAN
IBLIS MENCERITAKAN KEPADA IKAN TENTANG PENCIPTAAN ADAM~
RASULULLAH SAW telah bersabda bahawa: "Sejahat-jahat manusia di hari kiamat ialah orang yang bermuka dua, iaitu orang yang datang kepada mereka dengan satu wajah dan pada mereka yang lain dengan wajah yang satu lagi. Barangsiapa yang bermuka dua di dunia, maka pada hari kiamat nanti dia akan mempunyai dua lidah dari api neraka jahanam."
Sabda Rasulullah SAW lagi: "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba. "Apabila ditanya. "Apakah hikmahnya." Bersabda baginda: "Sesungguhnya Allah SWT menciptakan semua makhluk mempunyai lidah baik yang terdiri dari yang boleh berkata-kata atau pun yang tidak boleh berkata." Ditanya orang: "Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"
Sabda Rasulullah SAW: "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Adam as maka diperintahkanNya malaikat malaikat sujud kepadanya. Kesemua malaikat sujud kepada Adam as kecuali iblis laknat. Oleh sebab iblis enggan sujud maka Allah SWT melaknatnya dan mengusirnya dari syurga serta dihapuskan rupa mukanya. lalu iblis pun diturunkan ke bumi. Apabila dia diturunkan ke bumi maka iblis terus menuju ke laut. Pertama kali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan. Maka dia pun menceritakan perihal ciptaan Adam as dan berkata iblis: "Sesungguhnya Adam itu memburu dan mengambil binatang binatang yang melata dilautan dan daratan." Apabila ikan mendengar kata iblis itu maka ikan ikan pun menyampaikan kepada binatang binatang laut dengan berita tentang Nabi Adam as, lalu Allah SWT menghilangkan lidahnya."
faisal zainal abidin~1001 misteri