Dengan nama Allah

Thursday, December 29, 2016

jangan aa marah

Masa tu entah umur berapa,
darjah kot. 

Aku tido sebilik ngan adik aku. Dilah. 
Time tu aku suka terjaga malam. 
Dan bila terjaga
Akan aku jalankan ritual biasa, 

Dilah.. Dilah..

Dilah, baca Al-Fatihah lah..
Adik aku pun bacalah..

Aku buat ni untuk kebaikkan dia, moga dia tak bertukar menjadi hantu.

Hari berselang hari
Malam bersilih ganti..

Adik aku setia membaca.

Sampai satu hari tuh..sebelum tido, aku dah leh agak something wrong gonna happen..

Malam tu semacam.. 
Angin nak kata kuat tak kuat..
nak kata sayup tak sayup... 
harap harap tak terbangun..

Malam tu terbangun jugak. 
Hadeh!

Dilah..
baca Al-Fatihah..
Dilah Dilah..

tak terjawab...argghhh..

Dilah!..

(Allaa..ini tak best nih..)

Dilah baca Al-Fatihah..DILAH!!.. Aku meninggikan suara..
dengan selamba adik aku menjawab.
ko bacalah sendiri!

faisal zainal abidin ~ nak kawin dah dia

Sunday, December 18, 2016

nap

Hari tu rumah kami terputus letrik
kesian saya tengok
ketua bidadari
dan
pengikut bidadari
tido kepanasan..

Jadi...

saya pun
duduklah dalam keta
sebab ada aircon

Selang tak lama,
kami kembali bersama

bertiga

duduk dalam keta.

Tuesday, December 13, 2016

manis

Bila saya pulang dari kerja
manis akan berlari 5 km/jam
mendapatkan saya

(I know i'm gonna miss this one day)

mim..
bila mim besar nanti
bila baba pulang
mim masih sambut baba?

baba, mim tak sayang sikit sikit.

Friday, December 02, 2016

Everything gonna be fine~


Day 1 : Friday : 06/05/05

Hari ni sampai.malam.

Day 2 : Saturday : 07/05/05


Pagi yang indah. Dah lama tak lepak kampung. Aku suka pagi-pagi kat sini. Mana nak dapat kat sana. Lagipun kat sana tgh hari baru bangun. Kat sinilah tempat aku berhijrah dari semua. Keburukan kepada kebaikan. Tak banyak halangan. Hati senang. Erm. Neway esok start kerja. I'm looking foward to this. Seronok jadi budak kampung. lain caranya. Petang ni ''mengai'' ar. Jaga hang puyu, ni faisal nak mai. hahaha! 

Day 3 : Sunday : 08/05/05


First day kerja. Taik. wah wah wah. sebesar pemeluk diangkat dari longgokkan guni taik. Awal-awal tu perasan gak benda apalah gamaknya yang tertutup ni??
''Pheza bukak lapik tuh''
Bau! ada lebih kurang 100 lebih guni taik.
''Pastu, angkat guni tu campak dalam kolam, satu kolam 15 guni''
? Dalam satu guni ke satu guni, aku lari curi udara. Dengan air najisnya mengalir dibadan, 3 kali cubaan nak muntah! tahan..tahan.. Ulat taik ngan lalat tu toksah nak habaq ar....and finally

"Dah 15 guni dah?"
"Dah ka"
"Dah"
"Hang masuk dalam kolam, bukak guni tuh"
arg...pulak...
8 pagi-6 petang
Balik ni kompom mandi lama!


 Day 4 : Monday : 09/05/05


Masuk parit amik kemelin kat Ban Kuda. Kemelin dia macam kiambang, teratai, untuk ikan dalam kolam tu main petang-petang, kira macam pot lepak-lepak diaorang ar.

Parit tu gelap. Takut gak. Arg dah kerja. Masuk, tolak kemelim ketepi, campak ke darat, org kat atas, amik kemelin masuk dalam guni.
Guna balik guni semalam. Bau still kuat.

Dah abis kemelin. Naik. Carik parit lain. Masa naik tu, Nah! at least 20 pacat dah bersarapan. arg..ada yang sampai jatuh...(Dah gemuk sangat ko nih)..Bukak baju ok. Selamat. "Wei, belakang...belakang" WargK! lintah sebesar ibu jari, 4 ke 5 ekor hisap kat belakang. Arg...Tolong ar jangan masuk dubur aku!
 


Day 5 : Tuesday : 10/05/05

Kemelin semalam, bawak naik lori. Syok woo...naik lori hantu...angin dia pergh..sampai kat kolam. alla dah sampai ker...Kerja. Kerja. Kerja.

Masa balik kerja, naik motor. Pak long kat depan, dia lead the way. Lalu denai, tepi tepi sawah...lalala...sakgi, pak long dah konar konar. Motor dah kelang-kabut masuk sawah. Jatuh motor. Lari. Panggil-panggil tak nyaut!
Aku dah gelak sorang-sorang, hahahahaha, macam nak pecah perut...kalau korang ada, korang gelak sekalinyer! Sampai umah...still sengih sorang-sorang.

"Pak long, Apsal tadi?" (Dalam hati tu masih gelak)
"Tadi, ada ular tedung serang Pak long dari depan,
tu yang Pak long elak tuh"

hahahahahah~

 

Day 6 : Wednesday : 11/05/05


Hari ni cuti, nak buat baju melayu buat majlis perkahwinan kakak nanti. Kul 3 ngan Tok Yah pegi Taiping. Oh ya kena beli kain pelikat sekali!
 

Day 7 : Thursday : 12/05/05


Tuk Ngah meninggal.
Pukul 8.30pg.
Semalam sesak nafas.
Dikebumikan petang.

 
Day 8 : Friday : 13/05/05


Dalam gelap aku cantik
Terasa senang
Semakin lama semakin terang
Merasakan tenang
Dan kefahamanku
Jauh lebih dalam dari biasa

Tika ramai aku hilang
Cantikku entah kemana
Kesenanganku dipersoalkan
Semakin bising
Namun aku biasa
Aku tahu semua itu akan pergi
Kuhitung berapa harapan yang masih tinggal
Untukku ubat lukaku sendiri
Lalu aku terus
Merasakan tenang
Dalam gelap
Mungkin satu hari, aku menemuimu
Bilamana senang, aku kau lupakan
Tika susah, akulah tadahan
Kerana itu sifatku
Merasainya semua buat kali pertama.

 

Day 9 : Saturday : 14/05/05

Pagi ni bangun, hujan. Sejuk, (lama lagi kot hujan ni?)
Termenung sat, tidur balik.. p..ph..phe..Pheza....
Tuk dah bising..

Siap..siap..gi Kubu Gajah ngan Bukit Merah, ukur kawasan nak buat pagar. Air kolam naik. Mungkin pasal hujan semalam kot?
Dalam hening hening kerja tu, terblues lak aku. Kadang-kadang tu terpikir gak, aku selalu buat apa yang orang nak aku buat, mungkin aku malas nak gaduh-gaduh..bising-bising.
Chop!
"Hah! Tok Yah...apa intai intai nih". Ni yang malas tulis dairy ni, dia ingat surat cinta hapa?
Sambung nanti..
 

Day 10 : Sunday : 15/05/05


"Pagi ni bangun awai" Pak Long pesan. "Besok lori mai kul 8, kita gi Selama"
Tit..tit..tit..alarm handset berbunyi. Dah kul 6.45 ni. Bangun faisal bangun. Dalam duk tak celik mata lagi, mengagau cari handset. Tutup.

Bukak-bukak mata, Tok Yah dah ada kat depan.
"Hello, abang faisal, bila nak balik Shah Alam, rindu la kat u, balik la cepat"
Haduh!
6.00ptgPetang ni, aku ada kawan baru. Adibah darjah 5, Atikah Darjah 4, Akmal 6 tahun dan Atirah 5 tahun. Diaorang janji nak tolong bagi ikan makan petang nih! Seronok gak berteman.

 

Day 11 : Monday : 16/05/05


Choti. nothin much to do. layan cd. golek..golekMakan-makan. gitar gitar gitar.. 

Day 12 : Tuesday : 17/05/05

Lori berhenti depan umah Tok. Dari papan, batu bata, pasir, besi, batu kelikir diturunkan. Berkali kali lori datang. Kerja aku dari tempat benda tu diturunkan, dipunggahkan kekawasan kolam. Pak Long sibuk dgn urusan atasan. Tinggal aku dgn barang-barang. Tergeliat gak urat kadang kadang. Baju aku dari kering-basah lenjun. Dari wangi-hangit bangat. Berpeluh satu badan. Cuaca masa tu panas. Agak-agak penat. Aku rehat jap. Minum. Nak isap rokok dah tak leh, bukan pasal apa. aku dah berhenti balik. Berhijrah. Entahlah, i guess it's the right thing to do. Neway, menengokkan barang terlalu banyak. Aku rasa makan hari nak punggah. Siap nanti badan mesti berbelang. Buruh. Apa pun ni asas apa yang akan aku kerja nanti.
P/S: Kawan-kawan yg msg siang dan malam. Terima Kasih. Sayangnya phone kena Bar. Sorry. Aku harap sangat dapat balas msg masa tu.


~BANGSAL~
Day 13 : Wednesday : 18/05/05
Day 14 : Thursday : 19/05/05

Day 15 : Friday : 20/05/05
Day 16 : Saturday : 21/05/05
Day 17 : Sunday : 22/05/05
Day 18 : Monday : 23/05/05

Day 19 : Tuesday : 24/05/05


PAGI
Aku tak sangka benda ni jadi kat aku. Macam biasa. Bangun. Minum. Mandi. Sarapan. Siap and ready to go. Aku pernah dengar citer citer macam ni. Tapi mustahil jd kat aku. Hehe. Aku sarung kasut. Kasut kerja. Kasut sarung. Koyak dan tua. Neway mmg comfort. Tapi pagi ni comfort dia lain. erm?? hahaha.. Agak ketat dibahagian depan. Lembut. Dua dua belah dah pakai. Aku tak tahan. Bukak. Check. Mak Aih. Terkejut aku. Katak keluar. haduh!
PETANGnya
Pak ya..kawan baik ayah aku. "ezal pancing ada tak", "ada..jap". ezal pegi carik. (mana pancing nih??)..alah susah susah.."Tok mana pancing", "hang nak buat apa?" (aik? tak pernah orang tanya soalan nih, aku malas nak layan.. terus jalan lepak kat ban..) macam nilah aku menghabiskan waktu ptg kat kampung. (Most of the time)..layan angin, view and semestinya blues. HEh. Dalam dok dok termenung. Tok mai bagi satu kotak kecil, Aik?? apahal la pulak nih?? Bukan aku mintak pancing ke tadi! ini MANCIS. haduh!

MALAM
Family aku balik kampung hari jumaat hari tuh. Rindu kat aku la tu... hahahaha... Takdelah, diaorang ada urusan pasal kawin kawin ni. Semenjak kakak aku tunang ni. Serius..Aku pening. Macam macam hal. Rumah dah macam kapal karam. Tempah itu dan ini..la ni..Aku tak mau pening pening kapla..pasal la ni time makan..Dengan segala hormatnya jemput makan. Kat sini kalau makan. Kena makan sekali. Dah mmg macam tuh. Lagipun mana ada benda nak buat. So aktiviti makan nilah yang ditunggu tunggu. Bagus jugak, Seronok makan ramai ramai. Semestinya Tok tak pernah gagal menyediakan lauk favourate. Ikan masin, Cili potong. Ada jer dua ni. cantik!. Tak payah ayam. Daging. Asam pedas. whatsoever. Sudah boleh membuatkan aku Terliur.
Adik aku makan sikit. (aku dah faham sangat perihal pompuan nih?) Tok yah aku cakap. " apsal sikit sangat" aku cakap kat tok yah "dia diet" tok yah aku pelik?
Tok Ayah: macam mana dia tahu?
Aku: ???????.
Tok Ayah: benda benda macam ni, mana boleh tahu. ni kuasa Tuhan.
Aku: (haduh apa pulak kali nih) dari meleret leret. aku blur. toh yah bengong.
Aku: Tok Yah DIA DIET!!!
Tok Yah: oo..ingat dia dapat HIDAIAT~(hidayah)
Allaaaaa....

Day 20 : Wednesday : 25/05/05

Hari ni penat. Yang menarik, td dapat tahu Tuk Wan hisap rokok dari sekolah sampai umurnya skang ni 75, tak sakit apa apa pun, badan still ok, boleh angkat tiang sorang sorang dia pulak tuh, yang biasanya kena angkat 2 orang. Malah, isap dua jenama rokok lagi, satu rokok daun, satu lagi dunhill. dia ni mmg patut letak gambar dia besar besar kat tepi jalan tu.. penghisap rokok yang berjaya mengatasi strok. Pak lah kenalkan, ini Tuk Wan.
esok last day kerja...

Day 21 : thursday : 26/05/05

Tujuan aku kerja ni sebenarnya, kerana sifat ingin tahu aku yang sederhana. aku selalu ingin mencari sesuatu yang baru, yang tak pernah aku buat. Bagi aku, kita mampu mencari seberapa banyak pengalaman dalam suatu keadaan yang singkat, dalam suatu masa yang sama mencari cara untuk memperbaiki diri. mengenali macam mana hidup susah. macam mana hidup kotor. macam mana bergaul. Dan dari sini aku dapati org kampung mmg suka menjaga tepi kain org. Namun, semua itu adalah pilihan. Aku seseorang yang enggan hidup di zaman aku. maksudnya, kenapa umur aku ini, aku patut buat ini, umur aku itu, aku sepatutnya dah ada itu. Aku tak boleh hidup dengan satu jalan. Aku ingin menjadi seribu orang. Demi ilmu.
Dan dari penglihatan aku. Budak budak muda sekarang semakin bagus, baik, rajin, malah tak salah aku katakan, semakin matang sebelum waktu. Aku jua tak mahu ketinggalan..Namun aku akui mmg masih ada diantara mereka yang kolot. masih melakukan maksiat. Sudahlah. Tinggallah. Isilah masa dengan perkara-perkara lain. banyak lagi benda dalam dunia ni yang kita tak tahu. Disekitar tanah terang bersungguhlah, mungkin tanah ini pada suatu saat akan kembali menjadi hutan atau berubah menjadi kota damai.
Sekian.
faisal zainal abidin~everything gonna be fine

Teksi

Pernah aku dilanggar teksi diatas kesalahan aku sendiri. Walaubagaimana umum, kebanyakkan pemandu teksi adalah samseng. Berbekalkan kereta syarikat, mereka memintas, membuat pusingan, sesuka hati. Seolah olah itu memang hak mereka. Walau sebesar zarah, dengan muka selamba mereka mencelah. Bila ditenung, tiada berubah melainkan tiada. Namun apa yang terjadi pada hari ini. Satu kemalangan berlaku dihadapan pintu belakang tempat aku belajar. Waktu itu waktu pulang. Teksi dan sebuah motosikal berdentum kecil sayup kedengaran. Dari penglihatan, seorang warga tua, lewat 60-an dilingkungan, keluar dari teksi. Rambutnya yang jarang, tampak kemas disikat. DIketika sama, seorang pemuda sedang menyorong motosikalnya ketepi. Kejadian ini berlaku bersebelahan dengan kereta aku. Lalu diturunkan tingkap sementara menunggu lampu jalan. Dengan wajah yang cukup menyayat. dik, minta maaf, pakcik minta maaf. Apa minta maaf minta maaf, pukimak!

faisal zainal abidin~bahasa menghormati "dia".

selamat tahun baru

Meninjau semalam.
hari ini ku dirikan.
dengan apa yg ada.
aku melayan.
tanpa ada rasa
risau. yg depan
tu biarlah depan.
hendak di jangkau,
apa gunanya. hari
hari semakin baik.
kalau ini telah
ditetapkan. apa
salah aku melayan.
bisik. bisik. bisik.
suara suara politik,
namun bagi aku
ianya menjadi
semakin lenyap,
kerana aku hanya
seorang pelayan.
pelayan di restoren
biasa. jika
didepanku
tetamu.
maka adalah ada.
jika tidak.
sekeping
cd dibeli tuk
menjamu mata.
kadang kadang
cd nih layan.
kadang kadang
tak. tapi
itu yg istimewa.


andai tiada
bahan. termenung
jugak. Oh!
adakalanya, aku
menulis, menulis
sebuah mesin
masa yg aku fikir
sesuai buat masa
tu. sehingga
suatu masa lain
yg sesuai
dituliskan.

ada yg ingat. ada
yg tak. itu yg
adakalanya.

dan
nun jauh disana
disebuah pohon,
ditepi jalan,

dengan
suara
isteri yg
membebel
itu cita cita. 

dihujung kayu.
cicak cicak
dinding yg
semakin gemuk.
dibawah kipas
putih yg
berhabuk.

memang ya
disaat ni aku
gembira.

faisal zainal abidin~
02/00/07

Thursday, December 01, 2016

Surat chomel:-)

Kat kawasan tempat aku tinggal ni, ada seorang budak perempuan, kecik lagi.
erm.. dia jual jelly, nama jelly dia "jolly jelly". Aku rasa mak dia buat kot, tapi dia orang perantara, dia tulis satu surat ni dan dia post setiap rumah. aku simpan surat dia sampai hari ni, sbb aku suka baca..comel..

"Jolly Jelly"

I am in a new business. I am selling jellies. On Monday till Friday, I am ordering jellies from your house. On Saturday or Sunday, I am sending your jellies to your house. I am working at 6.00pm till 6.30pm. I am not working when it's raining and on Thursday. Call this number to order when it's raining only (Not on Thursday)
No. xxxxxxxx. Okay, Thank you..


faisal zainal abidin~surat comel jiran

apek lu tara jual ni ice cream ka?

Aku lapar giler.Aku sorang jer kat umah. Mak ayah balik kampung. Dah seminggu.
lapar siot. Try lah geledah peti ais. harap harap ada buah ker apa ker janji dapat lapik perut. TAKDE APA APA. haduh..yang ada pun air kosong...
kroik..kroik..perut bunyik bunyik..

try ar tengok peti ais lagi satu.. yang peliknya peti ais umah aku ada 4..
banyak tuh.. neway peti ais ketiga..ada harapan..tengok ada ice cream.. YESSSS.....alamak perisa dia pulak fail..pandan..aku tak suka ice cream pandan.. ice cream ni dalam box..gambar dia menarik gak ar..
lapar!

makan jer ar.. aku amik sudu ngan mangkuk.. bukak jer ice cream tu.. ada satu benda pelik..colour warna oren..bukan pandan warna ungu ker?.. gambar kat depan warna ungu..
lapar!!
pelan pelan aku cedok..keras dia mak aih.. terpelanting gak ice cream ke lantai..

bukak tv..tengok tv...

eeee...apsal rasa semacam..dengan buat buat gagah..aku makan pelan pelan.. eeee...macam kenal.. aku call mak aku kat kampung..mak..apa benda dalam box ice cream tu..m..box mana??alah dalam peti ais hijau tu..
oooo...kari...

alaaaaaaaa........


faisal zainal abidin~apsalah kari tu dibekukan..alaaa